Artikel

Perlumbaan LTdL Berstatus ProSeries Sehingga Tahun 2025

Perlumbaan berbasikal jalan raya pelbagai peringkat, Le Tour de Langkawi (LTdL) akan kekal berstatus UCI ProSeries sekurang-kurangnya bagi tempoh tiga tahun lagi – sehingga 2025.

Perkembangan tersebut dilaporkan oleh Bernama menerusi makluman oleh Ahli Jawatankuasa Pengurusan UCI, Datuk Amarjit Singh Gill merangkap Naib Presiden Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).

Di dalam mesyuarat yang dijalankan, beliau menekankan bahawa LTdL merupakan salah satu daripada jelajah paling lama di asia dan memainkan peranan penting dalam pembangunan sukan berbasikal di rantau ini serta dunia.

Hasilnya, mesyuarat secara sebulat suaranya bersetuju untuk mengekalkan status ProSeries itu terhadap saingan LTdL ini. Terlebih dahulu, perlumbaan LTdL diberikan status ProSeries bermula tahun 2020 hingga 2022. 

Bagaimanapun, ianya tidak dapat dianjurkan pada tahun 2021 berikutan pandemik Covid-19 yang melanda negara serta dunia. Perlumbaan bagi tahun ini akan bermula dari 11 sehingga 18 Oktober nanti.

Untuk makluman semua, ProSeries merupakan saingan jelajah berbasikal jalan raya Tier 2 yang diberikan oleh badan induk sukan berbasikal dunia, UCI. Status UCI ProSeries ini mula diperkenalkan pada tahun 2020.

Sebagai tambahan, status saingan jelajah berbasikal jalan raya Tier 1 pula dipanggil UCI World Tour. Manakala, Tier 3 pula dipanggal sebagai UCI Continental Circuits.

Featured Image: Le Tour de Langkawi

komen