Saingan King’s Cup membuka tirai dengan skuad kebangsaan Tajikistan mencipta kejutan ke atas Trinidad & Tobago di peringkat separuh akhir.
Kejutan itu sekaligus membolehkan Tajikistan yang dibimbing Petar Segrt melangkah ke perlawanan akhir yang akan berlangsung pada 25 September kelak.
Dalam perlawanan terbabit Trinidad yang menghuni ranking ke-101 dunia terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Judah Gracia pada minit 27. Permainan separuh masa pertama tamat dengan keputusan 1-0 memihak kepada skuad kendalian Angus Eve.
#ChangsuekLive Full Time หมดเวลาการเเข่งขัน ฟุตบอลชิงถ้วยพระราชทานคิงส์คัพ ครั้งที่ 48 รอบรองชนะเลิศ
🇹🇹 ทีมชาติตรินิแดด แอนด์ โตเบโก 1-2 ทีมชาติทาจิกิสถาน 🇹🇯#ทีมชาติไทย #TogetherAsOne #Changsuek #บอลไทย #ฟุตบอลไทย #FIFADAY #InternationalAmatch #KingsCup48 #คิงส์คัพ #ผลบอล pic.twitter.com/AlF0EhY4x3
— Changsuek – ฟุตบอลทีมชาติไทย (@Changsuek_TH) September 22, 2022
Bagaimanapun, Tajikistan, ranking ke-109, berhasil bangkit menyamakan kedudukan menerusi Muhammadzhon Rahimov pada minit 47’. Sekitar 15 minit sebelum tamatnya waktu permainan, Tajikistan berhasil menembusi gawang Trinidad menerusi pemain gantian, Ekhsoni Pandzhshanbe.
Kedudukan 2-1 itu berkekalan sehingga pengadil meniup wisel menamatkan permainan.
Tajikistan akan menantikan cabaran samada tuan rumah, Thailand atau Malaysia di perlawanan akhir kelak. Trinidad pula akan ke perlawanan penentuan tempat ketiga, pada hari yang sama.