Pertemuan antara Poland dan Belanda dalam saingan Liga Negara-Negara UEFA menyaksikan penjaga gol berusia 38 tahun berjaya meraih penampilan sulungnya bersama skuad berjulukan Oranje.
Perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi waktu Malaysia bukan sahaja memperlihatkan Pasveer beraksi selama 90 minit bahkan turut membantu pasukannya merekodkan kemenangan tanpa bolos dengan keputusan akhir 2-0. Berdasarkan statistik, dia turut merekodkan dua aksi penyelamatan yang tepat ke arah gawang gol.
Untuk makluman semua, Pasveer merupakan penjaga gol utama AFC Ajax yang beraksi dalam saingan Eredivisie. Setakat ini, dia beraksi dalam ketujuh-tujuh perlawanan liga serta kedua-dua aksi dalam Kumpulan A bagi saingan Liga Juara-Juara UEFA (UCL).
Getting ready for his ๐ฑ๐ฒ๐ฏ๐๐! ๐งโก๏ธ
#NationsLeague #POLNED pic.twitter.com/2ObPYLawv9— OnsOranje (@OnsOranje) September 22, 2022
Penjaga gol yang memiliki ketinggian 1.87 meter (m) ini memulakan kariernya profesionalnya bersama FC Twente sekitar tahun 2004. Bermula daripada situ, dia telah berpindah ke beberapa kelab namun kesemuanya berpangkalan di negara kelahirannya sahaja.
Sehingga kini, dia telah merekodkan 429 penampilan disamping mencatatkan 131 perlawanan tanpa bolos dalam kariernya bersama kesemua kelab-kelab tersebut.
Bagaimanapun, usia 38 tahun ini bukanlah yang tertua pernah direkodkan melakukan debut bersama skuad kebangsaan. Antara pemain yang lebih tua, dapat dijejak, melakukan debut berbanding Pasveer ialah Zeljko Vukovic bersama Austria pada usia 39 tahun.
Featured Image: Oranje