Olivier Giroud Padam Rekod 63 Tahun – Muncul Penjaring Tertua Perancis
September 23, 2022 Hafizuddin Omar

Rekod penjaring tertua Perancis yang dipegang oleh Roger Marche selama 63 tahun terpadam selepas Olivier Giroud menjaringkan gol ketika menentang Austria dalam saingan Liga Negara-Negara UEFA. 

Sebelum ini, Marche menjadi pemain tertua menjaringkan gol buat skuad Les Bleus pada usia 35 tahun 287 hari semasa menentang Sepanyol pada tahun 1959.

Bagaimanapun, gelaran itu beralih kepada Giroud apabila jaringannya pada awal pagi dilakukan ketika berusia 35 tahun 357 hari.

Jaringan itu hadir pada minit 65’ – hanya dipisahkan selama 9 minit selepas Kylian Mbappe membuka tirai jaringan.

Ianya terhasil menerusi satu tandukan padu setelah menerima hantaran lintang daripada penyerang sayap, Antoine Griezmann daripada bahagian kanan.

Perlawanan yang berlangsung di laman mereka sendiri, Stade de France itu berakhir dengan keputusan 2-0.

Sebagai rekod, Giroud kini berada di tangga kedua dalam senarai penjaring terbanyak bagi skuad kebangsaan Perancis dengan rekod 49 gol.

Giroud hanya memerlukan tiga gol sahaja lagi bagi memintas rekod penyerang legenda merangkap penjaring terbanyak sepanjang zaman Les Bleus, Thierry Henry – 51 gol secara keseluruhan.

Featured Image: Olivier Giroud La Page Officielle

Komen