Perlumbaan Kejuaraan Dunia MotoGP bakal dibawakan ke India buat pertama kali dalam masa yang terdekat. Ini selepas pemilik kejohanan, Dorna Sports sudah memulakan usaha-usaha untuk merealisikannya.
Menerusi satu kenyataan media, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dorna Sports, Carmelo Ezpeleta telah melawat India untuk bertemu dengan pihak berautoriti serta penganjur acara, Fairstreet Sports selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) baru-baru ini.
Perlumbaan itu disasarkan berlangsung di Buddh International Circuit yang terletak di pinggir ibu negara India, New Delhi. Selain itu, Carmelo turut ke ibu kota bagi negeri Uttar Pradesh dan melakukan pertemuan dengan Ketua Menterinya, Yogi Adityanath dan Menteri Pembangunan Industri, Nand Gopal.
Difahamkan, Carmelo India merupakan sebuah negara dan pasaran yang besar. Ianya juga merupakan salah sebuah pasaran yang penting buat industri beroda dua dan MotoGP itu sendiri.
Kejuaraan MotoGP mempunyai kelompok peminat yang besar di sini. Penganjuran MotoGP di India pastinya memanfaatkan kedua-dua pihak – peminat dapat menyaksikan perlumbaan di hadapan mata sendiri dan pada masa yang sama membolehkan MotoGP berkembang di rantau ini.
Featured Image: MotoGP