Kilauan pingat emas bagi acara badminton perseorangan lelaki di temasya SUKMA XX akan direbut oleh pemain No.3 dan No.6 negara, dalam perlawanan akhir yang berlangsung pada hari esok.
Dua pemain yang dimaksudkan itu ialah Ng Tze Yong dan Leong Jun Hao yang mewakili kontinjen Johor serta Wilayah Persekutuan masing-masing.
Tze Yong yang berada di ranking ke-36 dunia berhasil mengesahkan kemaraan selepas menumpaskan pemain Selangor, Aidil Sholeh secara “straight set” dengan skor 21-14 dan 21-15 di peringkat separuh akhir, sebentar tadi.
Manakala wakil Wilayah Persekutuan, Leong Jun Hao pula mara wakil selepas mencatatkan kemenangan ke atas wakil Kedah, Jacky Kok Jing Hong menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 16-21, 21-12 dan 21-12.
Sebagai rekod, Tze Yong dan Jun Hao yang menghuni ranking 86 dunia saat ini pernah bertemu sebanyak dua kali di pentas antarabangsa. Dan kedua-dua pertemuan yang berlangsung di Terbuka Poland dan Terbuka Czech tahun lalu itu berpihak kepada Tze Yong.
Featured Image: Badminton Association of Thailand