Pelari Maraton Kipchoge Catat Masa 2:01:09 – Pecah Rekod Dunia Milik Sendiri
September 26, 2022 Hafizuddin Omar

Pelari kelahiran Kenya, Eliud Kipchoge, 37 tahun, berjaya memecahkan rekod dunia miliknya sendiri apabila memenangi acara Maraton Berlin dengan catatan masa 2:01:09, semalam.

Catatan masa itu adalah 30 saat lebih cepat berbanding yang direkodkannya ketika menyertai perlumbaan yang sama iaitu 2:01:39 pada tahun 2018 lalu.

Sementara itu, tempat kedua pula diraih oleh rakan senegaranya, Mark Korir, 37 tahun, yang tiba 4:49 saat lewat daripada Kipchoge. Ini menjadikan Korir menamatkan larian tersebut dalam tempoh masa 2:05:58.

Selang 30 saat kemudian, pelari Ethiopia, Tadu Abate, 25 tahun, pula melintasi garisan penamat dengan catatan masa larian 2:06:28 sekaligus merangkul tempat ketiga bagi acara larian berjarak 42 kilometer (km) ini.

Untuk makluman semua, selain memegang rekod dunia bagi acara maraton, Kipchoge merupakan pemenang dua pingat emas Sukan Olimpik bagi acara ini. 

Featured Image: Twitter Eliud Kipchoge

Komen