Kazakhstan Jadi Destinasi Baharu Perlumbaan MotoGP 2023
September 27, 2022 Hafizuddin Omar

Negara rantau asia tengah, Kazakhstan bakal menjadi destinasi terbaharu bagi perlumbaan MotoGP tahun 2023 kelak. Pengesahan ini hadir selepas laman sesawang MotoGP mengumumkannya secara rasmi, pada hari ini.

Perlumbaan tersebut akan dilangsung di litar baharu, Litar Antarabangsa Sokol yang terletak di luar bandar terbesar Kazakhstan iaitu Almaty. Difahamkan, litar ini akan kekal dalam kalendar MotoGP sehingga lima musim akan datang.

Ini juga sebagai salah satu usaha pemilik kejohanan, Dorna Sports untuk mengembangkan sukan permotoran ini ke seluruh dunia, menarik peminat dan pasaran baharu.

Untuk pengetahuan semua, Kazakhstan menjadi negara ke-30 yang dipilih untuk menganjurkan perlumbaan motosikal Grand Prix sejak 1949. Manakala Litar Antarabangsa Sokol pula menjadi venue ke-74 menganjurkan perlumbaan Grand Prix berkelas premier.

Komen