Syarikat minyak dan gas Malaysia, Petronas mengumumkan melanjutkan kerjasama dengan pasukan Formula 1 (F1), Mercedes-AMG selaku penaja gelaran (title sponsor) dan rakan teknikal melangkaui tahun 2026, semalam.
Bermula musim 2026 kelak, perlumbaan Kejuaraan Dunia F1 mewajibkan kesemua jentera menggunakan enjin yang dikuasakan dengan bahan api mampan – bukan bahan api fosil – dan disertakan dengan penggunaan enjin elektrik.
We are delighted to announce the renewal of the Title and Technical Partnership between the Team and @PETRONAS from the 2026 season onwards. 🤝
— Mercedes-AMG PETRONAS F1 Team (@MercedesAMGF1) September 28, 2022
Pengumuman lanjutan yang hadir empat tahun lebih awal ini menandakan Petronas komited untuk membangunkan minyak yang mampan bagi kegunaan jentera Mercedes-AMG dalam perlumbaan F1 bermula musim tersebut.
Sebagai rekod, Petronas mula menaja pasukan berpangkalan di Jerman ini bermula tahun 2010. Sepanjang penajaan ini, Mercedes-AMG telah memenangi kejuaraan kategori pengeluar (constructor) sebanyak 8 kali dan kejuaraan kategori pemandu pula sebanyak tujuh kali.
Featured Image: Mercedes-AMG Petronas Formula 1