Sejak Chan Peng Soon dan Cheah Yee See bergandingan semula awal Jun lalu, beregu campuran ini tidak pernah melepasi ke peringkat suku akhir dalam mana-mana kejohanan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang mereka sertai.
Bagaimanapun, ‘sumpahan’ tersebut berakhir di kejohanan Terbuka Vietnam – Jelajah Super 100 BWF – yang mereka sertai kali ini. Pasangan yang menduduki ranking ke-69 dunia berjaya melangkah ke peringkat suku akhir buat pertama kali, sebentar tadi.
Peng Soon-Yee See melangkah ke peringkat tersebut selepas menumpaskan beregu campuran Malaysia-Indonesia, Tan Ming Kang dan Serena Kani di Pusingan 16.
YONEX-SUNRISE Vietnam Open 2022
XD – Round of 16
🇲🇾Peng Soon CHAN🏅
21 21 🇲🇾Yee See CHEAH🏅
17 17 🇲🇾Ming Kang TAN
🇮🇩Serena KANI🕗 in 32 minutes
https://t.co/UZx06kuN0c— BWFScore (@BWFScore) September 29, 2022
Dalam perlawanan tersebut, pasangan yang diletakkan sebagai pilihan ketiga kejohanan meraih kemenangan secara “straight set” dengan skor 21-17 dan 21-17 dalam tempoh masa sekitar setengah jam.
Sementara itu, menantinya di peringkat suku akhir adalah beregu yang berada di tangga ke-256 dunia, Rohan Kapoor dan Reddy Sikki. Pasangan dari India ini mara selepas mengejutkan pilihan kelapan kejohanan dari Hong Kong, Yeung Shing Choi dan Fan Ka Yan.
Sebagai rekod, Peng Soon dan Yee See kembali bergandingan bermula daripada saingan Indonesia Masters diikuti Terbuka Indonesia, Terbuka Malaysia, Malaysia Masters, Terbuka Singapura, Terbuka Jepun dan Terbuka Vietnam.
Satu-satunya peringkat suku akhir yang berjaya dijejaki mereka setakat ini adalah dalam temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia