Penampilan pertama bekas pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Goh Liu Ying bersama rakan gandingan baharunya, Low Juan Shen di kejohanan Terbuka Vietnam tamat setakat peringkat suku akhir.
Ini selepas Juan Shen-Liu Ying terpaksa akur tumpas kepada beregu Indonesia, Zachariah Sumanti-Hediana Julimarbela pada hari ini. Dalam perlawanan tersebut, Juan Shen-Liu Ying tumpas secara “straight set” dengan skor 18-21 dan 9-21 dalam tempoh tidak sampai setengah jam.
Sebelum itu, Juan Shen-Liu Ying memulakan kempen saingan Jelajah Super 100 BWF ini dengan kaki kanan apabila menumpaskan dua beregu tuan rumah di peringkat Pusingan 32 dan Pusingan 16 masing-masing.
YONEX-SUNRISE Vietnam Open 2022
XD – Quarter final
🇮🇩Zachariah Josiahno SUMANTI🏅
21 21 🇮🇩Hediana JULIMARBELA🏅
18 9 🇲🇾Juan Shen LOW
🇲🇾Liu Ying GOH🕗 in 24 minutes
https://t.co/Wytc1TjRwE— BWFScore (@BWFScore) September 30, 2022
Setakat ini, tidak dapat dipastikan kejohanan manakah yang akan disertai oleh Juan Shen-Liu Ying selepas terkeluar daripada saingan Terbuka Vietnam ini.
Sebagai rekod, ini merupakan pemain lelaki ketiga yang bergandingan bersama Liu Ying selepas dia berpisah dengan Chan Peng Soon, pada tahun lalu.
Bermula Mac lalu, Liu Ying bergandingan bersama Ong Yew Sin dan sempat mengambil bahagian dalam tiga kejohanan. Selepas itu, dia menukar gandingannya dengan berpasangan dengan pemain perseorangan, Soong Joo Ven bermula Jun lalu dan bertanding dalam lima kejohanan.