Skuad berpangkalan di pantai timur, Terengganu berhasil memperbaiki kedudukannya dalam saingan Liga Super selepas mengharungi 19 perlawanan.
Pada malam ini, skuad bimbingan Nafuzi Zain berjaya menduduki tangga ketiga Liga Super – memintas kedudukan yang dihuni oleh Negeri Sembilan sebelum ini.
Kejayaan itu terhasil selepas Terengganu mengalahkan Sabah 2-0 di laman sendiri, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SMAZA). Pada masa yang sama, Negeri Sembilan pula tumpas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan keputusan 5-0.
Hasilnya, Terengganu dapat menyamai kutipan mata dengan Negeri Sembilan iaitu 35 mata masing-masing. Namun begitu, kedudukan ketiga menjadi milik Terengganu atas faktor perbezaan gol melebihi Negeri Sembilan.
📊 KEDUDUKAN – LS20#LigaSuper2022 pic.twitter.com/QEe0nHMWZh
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 1, 2022
Sementara itu, Terengganu dan Sabah pula hanya dibezakan satu mata sahaja iaitu 36 dan 35 mata masing-masing.
Dengan JDT selaku juara Piala FA telah disahkan sebagai juara Liga Super pada malam ini, slot Piala AFC akan diberikan kepada pasukan yang menamatkan saingan liga di tempat kedua dan juara Piala Malaysia.
Sekiranya saingan Piala Malaysia turut dimenangi oleh JDT atau naib juara Liga Super, slot Piala AFC ini akan diberikan kepada pasukan yang menghuni tangga ketiga Liga Super.
Baki tiga perlawanan Liga Super musim ini akan menjadi medan buat Sabah, Terengganu dan Negeri Sembilan merebut slot ke saingan antarabangsa, musim hadapan.
Featured Image: Malaysian Football League