Selepas menganjurkan kejohanan Piala Dunia 2022, Qatar sekali lagi menjadi tumpuan peminat bola sepak terutamanya bagi benua asia apabila dipilih sebagai tuan rumah kejohanan bawah umur, Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) pada tahun 2024 kelak.
Perkara tersebut hadir selepas Jawatankuasa Pertandingan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang dipengerusikan oleh Dr. Tran Quoc Tuan di Kuala Lumpur, pada minggu lalu.
Qatar menjadi pilihan berbanding empat pembida lain iaitu Iran, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Uzbekistan selepas proses penilaian bidaan menyeluruh termasuk penilaian risiko terhadap petunjuk kemampuan menganjurkannya seperti yang digariskan.
π¨ BREAKING
πΆπ¦ Qatar will be the hosts for 2024 #AFCU23!https://t.co/kLutk4I0kI
— #AsianCup2023 (@afcasiancup) September 30, 2022
Pada masa yang sama, kejohanan yang berlangsung di Qatar ini akan turut berperanan sebagai kelayakan ke temasya Sukan Olimpik 2024 Paris. Untuk makluman semua, asia diberikan 3.5 slot ke temasya berkenaan bagi acara bola sepak.
Ini bermakna juara, naib juara serta pemenang tempat ketiga akan mara secara automatik ke Sukan Olimpik 2024 Paris. Manakala pasukan di tempat keempat pula akan layak ke perlawanan play-off menentang satu wakil daripada Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF).
Untuk makluman, kejohanan ini akan menjadi salah satu daripada keutamaan buat barisan kejurulatihan baharu skuad B-23 negara yang diketuai E. Elavarasan selain Sukan SEA 2023 Phnom Penh dan Sukan Asia 2022 Hangzhou (2023).