Perseorangan bebas (independent) negara, Goh Jin Wei kini memegang status sebagai pemain wanita No.1 negara selepas menamatkan saingan Terbuka Vietnam selaku naib juara, Ahad lalu.
Status itu hadir apabila pemain berusia 22 tahun ini merekodkan peningkatan sebanyak enam anak tangga dalam ranking dunia berbanding kedudukannya pada minggu lalu dalam kemaskini Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini.
Peningkatan terbabit meletakkannya di tangga ke-44 dunia sekaligus memintas kedudukan pemain wanita No.1 negara sebelum ini, Kisona Selvaduray, ranking ke-46, walaupun turut mencatatkan sebanyak tiga anak tangga, pada minggu ini.
Peningkatan itu pastinya turut didorong oleh kemaraannya sehingga ke peringkat suku akhir dalam kejohanan yang sama.
Untuk makluman, Jin Wei muncul naib juara apabila dia terpaksa akur tumpas kepada pemain tuan rumah, Thuy Linh Nguyen secara “straight set” dengan skor 15-21 dan 13-21.
Bagaimanapun, gelaran naib juara dalam kejohanan Jelajah Super 100 BWF itu tetap memberikannya 4,680 mata sekaligus menjadi pemangkin terhadap peningkatan dalam ranking dunianya kali ini.
Sebagai rekod, kali terakhir Jin Wei berada dalam kelompok ranking 40-an adalah sekitar 2 tahun dan 10 bulan yang lalu.
Featured Image: Badminton Vietnam