Terbuka Perancis: Lee Zii Jia Buat Perhitungan Semula Dengan Shesar Di Pusingan 32
October 5, 2022 Hafizuddin Omar

Jaguh badminton negara, Lee Zii Jia akan membuat perhitungan semula dengan pemain Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito dalam kejohanan Terbuka Perancis pada hujung bulan ini.

Zii Jia yang diletakkan sebagai pilihan ketiga kejohanan dijadualkan bertemu pemain ranking ke-23 dunia ini pada Pusingan 32 dalam saingan bertaraf Jelajah Dunia Super 750 BWF terbabit selepas berlangsungnya majlis undian semalam.

Berdasarkan rekod pertemuan, mereka pernah berentap sebanyak lapan kali di pentas antarabangsa dan kedua-duanya pernah meraih sebanyak 4 kemenangan masing-masing.

Bagaimanapun, pertemuan terakhir antara kedua-dua pemain menyaksikan ianya dimenangi oleh Shesar ketika Pusingan 16 saingan Terbuka Malaysia pada 30 Jun lalu.

Sudah pasti kekalahan tersebut mengekang Zii Jia ke peringkat suku akhir. Namun lebih memeritkan, ianya berlaku di Axiata Arena, Bukit Jalil dimana turut disaksikan oleh penyokong dan peminat badminton tanah air.

Untuk makluman semua, saingan Terbuka Perancis ini akan dilangsungkan di Stade Pierre de Coubertin, Paris bermula dari 25 hingga 30 Oktober.

Featured Image: Badminton Asia

Komen