Terbuka Perancis: Cabaran Sukar Buat Sze Fei-Izzuddin Berhadapan Astrup-Rasmussen Di Pusingan 32
October 5, 2022 Hafizuddin Omar

Beregu lelaki No.3 negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin bakal berhadapan dengan cabaran besar dalam saingan Terbuka Perancis – Jelajah Dunia Super 750 BWF – yang akan berlangsung pada minggu terakhir bulan ini.

Ianya berikutan Sze Fei-Izzuddin diundi bertemu gandingan Denmark yang tidak pernah mereka kalahkan dalam mana-mana pentas antarabangsa, Kim Astrup dan Anders Skaarup Rasmussen di Pusingan 32.

Berdasarkan rekod pertemuan, kedua-dua gandingan telah berentap sebanyak empat kali sebelum ini. Namun Astrup-Rasmussen berhasil meraih kemenangan dalam kesemua pertarungan tersebut. Ini termasuk dengan dua pertemuan terakhir yang berlangsung pada tahun lalu di saingan Terbuka Swiss dan Terbuka Denmark. 

Bagaimanapun, Sze Fei-Izzuddin tidak memberikan kemenangan muda dalam kedua-dua pertarungan terbabit. Astrup-Rasmussen terpaksa beraksi tiga set permainan dan memerlukan sekitar satu jam sebelum menumpaskan Sze Fei-Izzuddin.

Manakala baki dua pertarungan lagi berlangsung pada tahun 2017 dan 2019 dalam saingan Badminton Terbuka Bitburger dan Terbuka India masing-masing. Dalam kedua-dua pertarungan di kejohanan ini, Astrup-Rasmussen berhasil maraih kemenangan secara “straight set” dalam tempoh masa sekitar setengah jam sahaja.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen