Pakatan Ukraine, Sepanyol, Portugal Hantar Bidaan Piala Dunia 2030 – Kejohanan Ke-100 Tahun
October 6, 2022 β€’ Hafizuddin Omar

Kejohanan Piala Dunia FIFA 2030 menyaksikan salah satu pembida kejohanan ialah Ukraine yang membuat pakatan bersama-sama dua negara semenanjung Iberia iaitu Sepanyol dan Portugal untuk menganjurkannya.

Permohonan untuk membida kejohanan kali ke-100 tahun tersebut telah dihantar dan ianya dikongsikan sendiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Ukraine, Andrii Pavelko menerusi laman sosialnya, semalam.

Difahamkan, bidaan yang dilakukan oleh pakatan tiga negara eropah ini turut mendapat sokongan daripada badan induk bola sepak benua terbabit, Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA).

Pengumuman pakatan tiga negara ini menghantar bidaan penganjuran Piala Dunia 2030 dilakukan dalam satu sidang media di ibu pejabat UEFA, Nyon, Switzerland.Β 

Ianya turut dihadiri oleh Presiden Persekutuan Bola Sepak Diraja Sepanyol, Luis Rabiales dan Presiden Persekutuan Bola Sepak Portugal, Fernando Gomez.

Untuk makluman semua, pakatan ini akan bersaing dengan beberapa pembida dari benua lain yang turut sama menghantar permohonan untuk menganjurkan Piala Dunia 2030.

Antaranya pakatan Mesir-Greece-Arab Saudi serta pakatan benua Amerika Selatan, Uruguay-Argentina-Paraguay-Chile.

Komen