Artikel

KL City Raih Sekitar RM7 Juta Jika Bergelar Juara Piala AFC 2022

Skuad ibu kota, Kuala Lumpur City (KL City) akan meraih wang tunai sebanyak 1,525,000 amerika dolar (RM7,062,275) sekiranya bergelar juara Piala AFC 2022.

Pasukan bimbingan Bojan Hodak berjaya menempatkan diri ke perlawanan akhir saingan bola sepak asia tier 2 tersebut setelah menumpaskan wakil Uzbekistan, Sogdiana Jizzakh pada perlawanan inter-zone, semalam.  

Berdasarkan Peraturan Pertandingan Piala AFC 2022, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) akan membayar hadiah wang tunai berjumlah 1,500,000 amerika dolar kepada juara dan 750,000 amerika dolar naib juara.

Sementara itu, juara bagi peringkat zon pula akan diberikan wang tunai sebanyak 100,000 amerika dolar. Untuk makluman, KL City merupakan juara bagi peringkat zon ASEAN setelah menumpaskan PSM Makassar, pada 24 Ogos lalu.

Bagaimanapun, sebanyak 5% hadiah kemenangan samada daripada milik juara atau naib juara akan dipotong untuk disalurkan kepada aktiviti tanggungjawab sosial (CSR) menerusi tabung AFC Dream Asia Foundation.

Ini menjadikan KL City akan meraih sebanyak 1,525,000 amerika dolar sekiranya dapat menumpaskan wakil Oman, Al-Seeb dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 22 Oktober kelak.

Sekiranya mereka menamatkan saingan selaku naib juara, skuad yang terkenal dengan julukan The City Boys ini akan meraih 812,500 amerika dolar atau sekitar RM3.8 juta secara keseluruhan.

Featured Image: AFC Cup

komen