Sebuah kejohanan antarabangsa antara kelab-kelab di rantau asia tenggara iaitu AFF Club Championship akan dianjurkan oleh Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) pada tahun hadapan.
Menurut laporan Vietnam+, Jawatankuasa Pertandingan AFF telah mengadakan mesyuarat pada Selasa (4 Oktober) lalu bagi membincangkan mengenai kejohanan tersebut.
Dalam mesyuarat tersebut, mereka mencapai keputusan untuk menghimpunkan 12 kelab daripada negara pelbagai negara ASEAN untuk menyertai kejohanan ini.
Vietnam, Thailand, Malaysia dan Indonesia diberikan dua slot automatik masing-masing. Manakala satu slot automatik diberikan kepada Filipina dan Singapura masing-masing.
AFF CLUB CHAMPIONSHIP 2023-2024
👉 Play off round : (26/8-29/8)
👉 Final round (27/9/2023 – 15/5/2024)
● The 12 participating teams will be divided into 2 groups .#AFF
[1/2] pic.twitter.com/H5OSkojZQM
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) October 4, 2022
Sementara itu, Brunei, Kemboja, Laos dan Myanmar akan mendapat satu slot masing-masing ke perlawanan play-off bagi merebut dua slot terakhir ke saingan ini.
Formatnya, 12 pasukan ini akan dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap pasukan akan menentang pasukan di dalam kumpulan masing-masing secara “single round robin” sama seperti saingan Piala AFF. Juara dan naib juara setiap kumpulan akan mara ke peringkat separuh akhir.
Mesyuarat turut mengesahkan perlawanan play-off itu akan dijadualkan bermula pada 26 dan 29 Ogos 2023 secara timbal balik. Perlawanan peringkat kumpulan pula akan bermula dari 27 September. Kejohanan ini akan menutup tirainya pada 15 Mei 2024.
Dimaklumkan hadiah ganjaran termasuk sokongan perbelanjaan bagi kelab-kelab yang mengambil bahagian adalah bernilai sebanyak 1.5 juta amerika dolar atau bersamaan dengan sekitar RM7 juta.
Untuk pengetahuan semua, kejohanan ini sepatutnya berlangsung pada tahun 2020 yang lalu. Bagaimanapun, ianya terpaksa ditunda sebelum dibatalkan ekoran pandemik Covid-19 melanda dunia.