Kerajaan cakna akan kebajikan atlet. Selaras dengan itu, sejumlah RM5 juta diperuntukkan kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) bagi memastikan kebajikan atlet terus terpelihara.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Kewangan, YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz dalam sesi pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, pada hari ini.
Difahamkan RM5 juta tersebut akan disediakan untuk tahun 2023 dan tahun-tahun seterusnya.
Kebajikan atlet akan terus terpelihara. Kerajaan akan menyediakan peruntukan 5 juta ringgit kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) untuk tahun 2023 dan selanjutnya. #Bajet2023 #KeluargaMalaysia #MakmurBersama
— KBSMalaysia (@KBSMalaysia) October 7, 2022
Untuk makluman semua, YAKEB mula beroperasi pada Oktober 2008 ditubuhkan untuk menguruskan hal ehwal kebajikan atlet dalam pelbagai aspek yang sesuai, untuk mencapai matlamat, memberi manfaat kepada para bekas atlet negara termasuk atlet kelainan upaya (OKU).
Sebagai tambahan, peruntukan Bajet 2023 pada kali ini bertemakan Keluarga Malaysia Makmur Bersama adalah berjumlah RM 373.3 bilion secara keseluruhan – meningkat sekitar 12% berbanding peruntukan keseluruhan Bajet 2022.