Artikel

Kelayakan Piala Asia B-17: Malaysia Cipta Kejutan Ke Atas UAE – Mendahului Kumpulan B Buat Seketika

Selepas diberikan kejutan diikat oleh Guam pada perlawanan kedua di kejohanan Kelayakan Piala Asia Bawah 17 Tahun (B-17), Malaysia bangkit pada perlawanan hari ini dengan menumpaskan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Lebih menakjubkan, skuad negara bimbingan Osmera Omaro menumpaskan UAE hasil jaringan saat-saat akhir Farris Danish pada minit 90+3’. Sebelum itu, kedua-dua pasukan terikat 2-2. 

Sebelum terikat, Malaysia terlebih dahulu menjaringkan dua gol awal menerusi Arami Wafiy dan Asjasmirza pada minit 45+1’ dan 51’ masing-masing.

UAE pula berhasil menjaringkan dua gol berikutnya menerusi Saeed Amer Mohammed dan Abdulaziz Mohamed Almarzooqi pada minit 76’ dan 84’ masing.

Dengan kemenangan ini, Malaysia berhasil melompat ke tangga pertama Kumpulan B buat sementara waktu – hasil meraih 7 mata daripada 3 perlawanan. Untuk makluman, Malaysia akan kekal di kedudukan tersebut sekiranya Indonesia gagal meraih kemenangan ke atas Palestin dalam perlawanan sebentar lagi. 

Untuk makluma, Malaysia hanya dapat layak ke saingan Piala Asia B-17 pada tahun hadapan sekiranya menjadi juara kumpulan atau meletakkan diri dalam kalangan lima naib juara terbaik.

Featured Image: Football Association of Malaysia

komen