“Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan diingati oleh orang ramai sebagai pengacau kepada ‘demam’ Piala Dunia,” kata ahli politik yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, YB Ronnie Liu Tian Khiew.
Kejohanan bola sepak yang menghimpunkan 32 pasukan terbarik dunia dan diadakan setiap empat tahun sekali itu akan kembali menemui peminat bermula 20 November hingga 18 Disember kelak.
Bagi peminat bola sepak di seluruh dunia termasuk Malaysia, ianya merupakan kejohanan yang cukup dinantikan lebih-lebih lagi edisi kali ke-22 ini akan berlangsung buat pertama kali di bumi Arab iaitu Qatar.
“Dan sekarang, orang ramai terpaksa menghadapi pilihan raya umum.” jelasnya lagi menerusi kenyataan media yang disiarkan di laman sosialnya.
Semalam, Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen sekaligus memerlukan sebuah pilihan raya umum diadakan dalam tempoh 60 hari.
Memandangkan Parlimen dibubarkan pada 10 Oktober, PRU15 perlu diadakan selewat-lewatnya pada 9 Disember pada tahun ini – ketika saingan Piala Dunia sedang berlangsung.
Namun begitu, tarikh bagi PRU15 termasuk tarikh pengundian awal, tarikh penamaan calon serta tempoh berkempen belum diumumkan lagi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) – badan yang bertanggungjawab menyelia, mengelola dan menguruskan urusan pilhan raya di Malaysia.
Featured Image: FIFA World Cup