Pelumba basikal trek Belanda, Harrie Lavreysen merangkul pingat emas bagi acara keirin lelaki buat kali ketiga berturut-turut dalam kariernya di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI.
Pelumba berusia 25 tahun ini merakamkan kejuaraan terbaru dalam perlumbaan akhir keirin yang berlangsung di Saint-Quentin-en-Yvelines, Perancis pada awal pagi tadi waktu Malaysia.
🌈🇳🇱 @HarrieLavreysen 🇳🇱🌈
2022 UCI Men's Keirin World Champion! 💪#SQY2022 pic.twitter.com/GN6XRlKr7m
— UCI Track Cycling (@UCI_Track) October 13, 2022
Dalam perlumbaan tersebut, pingat emas menjadi milik Lavreysen apabila basikalnya terlebih dahulu melintasi garisan penamat berbanding rakan senegaranya, Jeffrey Hoogland yang terpaksa akur meraih pingat perak.
Sementara itu, pelumba berusia 24 tahun dari Colombia, Kevin Quintero pula melengkapkan kedudukan podium dan meraih pingat gangsa setelah menamatkan perlumbaan di belakang Hoogland.
Untuk makluman semua, ini juga menjadi pingat kesepuluh secara keseluruhan diraihnya di pentas Kejohanan Berbasikal Trek Dunia dalam kariernya.
Sementara itu, pelumba basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom, 27 tahun, menamatkan acara ini di tempat kesepuluh. Sebelum itu, Shah menamatkan saingan di tempat keenam dalam perlumbaan peringkat separuh akhir sekaligus gagal menempatkan diri dalam kelompok enam pelumba terbaik di peringkat akhir.
Featured Image: UCI Track Cycling