Artikel

Decathlon Buka Cawangan Ke-10 Di Cyberjaya – Bermula 15 Oktober

Jenama gedung yang menjual pelbagai barangan sukan dari Perancis, Decathlon bakal membuka cawangan kesepuluhnya dalam negara di Cyberjaya.

Dimaklumkan, cawangan Decathlon yang akan dibuka di Dpulze Shopping Centre ini bakal menjadi salah satu gedung terbesarnya. Ianya akan menempatkan lebih 5,000 produk yang merangkumi lebih 60 jenis sukan.

Difahamkan ini juga merupakan cawangan ketiganya dibuka pada tahun ini selepas Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan Puchong.

Bersempena dengan pembukaan cawangan itu, Decathlon Malaysia menjalankan pelbagai program pada 15 dan 16 Oktober bermula 10 pagi hingga 10 malam untuk para pengunjung yang hadir.

Antaranya, segmen “Mega-Zumba” bersama Hannah Kamal, “Stretch and Breath” dengan Atilia Haron dan “Mega-Yoga” bersama Hot Yo Studio serta “Mega-Workout” dengan Evomania.

Selain itu, Decathlon turut menawarkan kad hadiah (gift card) bernilai RM50 untuk 250 pengunjung pertama pada 15 Oktober. Tidak ketinggalan, ais-krim sihat serta jus turut disajikan secara percuma kepada para hadirin.

Bukan itu sahaja, Decathlon turut menganjurkan aktiviti larian iaitu Decathlon Fun Run yang berjarak 5 kilometer (km) di Cyberjaya pada 16 Oktober. Ianya terbuka kepada peserta tanpa mengira peringkat umur.

Untuk menyertai kesemua program yang dianjurkan, anda boleh klik pautan ini, DECATHLON CYBERJAYA OPENING: SAVE THE DATE.

komen