Bersempena dengan kejayaan gemilang Johor Darul Ta’zim (JDT) serta pasukan-pasukan Johor yang lain dalam pelbagai arena sukan pada tahun 2022, kerajaan negeri Johor mengumumkan cuti peristiwa pada hari esok (Ahad, 16 Oktober).
Perkara tersebut dikongsikan oleh Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi menerusi pelbagai platform laman sosialnya, sejurus sebelum tamatnya perlawanan antara JDT dan Sabah di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.
“Syukur Alhamdulillah, JDT telah berjaya menjuarai Liga Super Malaysia buat kali ke-9 berturut-turut (Triple Hat-trick).”
“Negeri Johor turut mencipta sejarah dengan menjuarai SUKMA 2022 buat pertama kalinya dalam tempoh 36 tahun penganjuran temasya itu.” tulisnya.
TAHNIAH JDT & JOHOR DALAM SEMUA ARENA SUKAN YANG DIJUARAI TAHUN 2022!
Syukur Alhamdulillah, JDT telah berjaya menjuarai Liga Super Malaysia buat kali ke-9 berturut-turut (Triple Hat-trick!).
1/7 pic.twitter.com/MyJkZCe0Ew
— Onn Hafiz Ghazi (@onnhafiz) October 15, 2022
Selain itu, Onn Hafiz turut berkongsikan kejayaan skuad bola jaring, Johor Jewels yang menjuarai Netball Super League 2022 serta skuad sepak takraw, Johor Tigris yang meraih kejuaraan Piala Tun Ali 2022.
“Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor yang telah beri perkenan bagi meraikan kedua-dua kemenangan ini.”
“Menjunjung Kasih DYAM Tunku Mahkota Johor yang sentiasa memberi sokongan dan dokongan kepada anak-anak muda khususnya atlet-atlet kita.”
“Dengan ini kerajaan negeri berbesar hati mengumumkan hari Ahad, 16 Oktober 2022 sebagai cuti peristiwa untuk Johor.”
“Ini juga sebagai tanda penghargaan di atas sokongan padu yang sentiasa diberi oleh penyokong kontinjen Johor serta skuad Harimau Selatan.” tambahnya lagi.
Featured Image: Facebook Onn Hafiz