Pertahanan Petaling Jaya City FC (PJ City), P. Rajes dilaporkan meninggal dunia pada usia 37 tahun, awal pagi tadi.
Merupakan antara tonggak utama bagi skuad berjulukan The Pheonix pada musim ini, Rajes dilaporkan meninggal dunia kerana terlibat dalam satu kemalangan di jalan raya.
Bersama PJ City musim ini, Rajes berhasil membuat 15 penampilan dan membantu pasukan ini menghuni tangga kesembilan Liga Super.
R.i.p my brother P.Rajesh.teamates Selangor 2014.player Pj city musim ni.dikhabarkan kemalangan jalan raya.awal sangat ni cha 🥹😢
— Shahrom Kalam (@ShahromKalam) October 17, 2022
Antara yang awal berkongsikan berita penuh kedukaan ini adalah bekas rakan sepasukannya suatu masa dahulu, Shahrom Kalam menerusi satu ciapan di akaun twitter miliknya.
Untuk makluman semua, Rajes mula menyertai PJ City pada tahun 2018 dimana ketika itu pasukan ini dikenali sebagai Malaysian India Sports Council – Malaysia Indian Football Association (MISC-MIFA).
Sebelum itu, Rajes pernah menyertai PKNS FC, Selangor serta Kedah.
Mendiang pergi meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak.
Featured Image: PJ City