Skuad berpangkalan di utara semenanjung tanah air, Kedah Darul Aman FC (Kedah) mengumumkan berpisah dengan ketua jurulatihnya, Aidil Sharin Sahak pada hari ini.
Pengumuman itu hadir selepas skuad berjulukan Sang Kenari ini menamatkan saingan Liga Super di tangga kelapan termasuk rekod buruk tewas dalam lima perlawanan terakhir yang berlangsung sepanjang Oktober.
“KDA FC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala sumbangan khidmat Aidil Sharin Sahak bersama pasukan Kedah sepanjang 4 tahun di bumi jelapang padi dengan meninggalkan legasi dan rekod,”
“Pasukan bola sepak Kedah muncul Juara Piala FA 2019, Naib Juara Liga Super pada musim 2020 dan 2021, layak ke peringkat Separuh Akhir Zon Asean Piala AFC 2022,”
LEGASI AIDIL SHARIN SAHAK SEBAHAGIAN SEJARAH BOLASEPAK HIJAU KUNING
🏆Juara Piala FA 2019
🥈Naib Juara Liga Super pada musim 2020 dan 2021
📈Layak ke peringkat Separuh Akhir Zon Asean Piala AFC 2022
🎫 Kedah layak 3 tahun berturut-turut ke pentas AFC pic.twitter.com/LBkT5tuutF— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) October 17, 2022
“Termasuklah kejayaan membawa Kedah 3 tahun berturut-turut ke pentas Asia dengan layak ke perlawanan Play-Off Liga Juara-Juara AFC 2020 dan ke saingan Piala AFC pada tahun 2021 dan 2022.” tulis kenyataan rasmi kelab menerusi pelbagai platform laman sosialnya.
Bagi mengisi kekosongan ini, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khamal Idris Ali mengumumkan penolong jurulatih, Victor Andrag merangkap bekas ahli skuad legenda pasukan Kedah “double treble” diangkat menjadi ketua jurulatih sementara (interim).
Untuk makluman semua, Victor akan memulakan tugas pertamanya bertemu Negeri Sembilan pada peringkat Pusingan 16 Piala Malaysia pada 25 atau 26 Oktober kelak di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Featured Image: Kedah Darul Aman FC
komen
Tiada komen
Tiada lagi komen untuk artikel ini.
Jadi yang pertama untuk komen!