Badan induk bola sepak negara berpangkalan di semenanjung tanah arab, Persatuan Bola Sepak Qatar (Qatar FA) mengesahkan telah memenangi bidaan untuk menjadi tuan rumah bagi Piala Asia 2023.
Perkembangan tersebut diumumkan sendiri menerusi pelbagai platform laman sosialnya, pada hari ini.
Dengan pengumuman ini, Qatar secara langsung telah mengetepikan dua lagi pembida iaitu negara jiran tetangga, Indonesia dan Republik Korea.
OFFICIAL: Qatar wins the bid to host the AFC Asian Cup 2023! πΆπ¦π pic.twitter.com/xhxGrm83fD
— Qatar Football Association (@QFA_EN) October 17, 2022
Sebelum itu, Australia turut sama menjadi salah satu daripada pembida bagi kejohanan ini. Bagaimanapun, negara yang mempunyai populasi sekitar 25 juta ini mengumumkan menarik diri pada awal September lalu.
Sementara itu, belum ada sebarang pengumuman rasmi daripada badan induk merangkap penganjur, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) setakat artikel ini ditulis.
Ini termasuk pengumuman berkenaan tarikh serta venue-venue yang akan digunakan.
Untuk makluman, Malaysia menjadi salah satu daripada 24 pasukan yang akan bertanding bagi merebut trofi ini.
Ianya selepas skuad negara bimbingan Kim Pan-gon menamatkan saingan kelayakan peringkat Kumpulan E sekaligus layak secara merit buat kali pertama selepas 42 tahun.
Featured Image: Qatar FA
komen
Tiada komen
Tiada lagi komen untuk artikel ini.
Jadi yang pertama untuk komen!