Saingan hari pertama kejohanan Terbuka Denmark 2022 – Jelajah Dunia Super 750 BWF – yang menutup tirainya awal pagi tadi waktu Malaysia menyaksikan tiga wakil negara yang mengambil bahagian terkandas seawal di Pusingan 32.
Wakil pertama yang terkeluar daripada saingan ini adalah beregu campuran, Chan Peng Soon dan Cheah Yee See setelah tumpas kepada wakil China, Feng Yan Zhe dan Huang Dong Ping.
Perlawanan tersebut memperlihatkan Peng Soon-Yee See tumpas dengan secara “straight set” dengan skor 16-21 dan 17-21 dalam tempoh masa 42 minit permainan.
Denmark Open 2022 presented by VICTOR
XD – Round of 32
🇨🇳Yan Zhe FENG🏅
21 21 🇨🇳Dong Ping HUANG🏅
16 17 🇲🇾Peng Soon CHAN
🇲🇾Yee See CHEAH🕗 in 42 minutes
https://t.co/d7CC9C7xoR— BWFScore (@BWFScore) October 18, 2022
Seterusnya, wakil yang turut mengikuti jejak langkah Peng Soon-Yee See tumbang di pusingan awal ini adalah beregu lelaki No.3 negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin.
Mereka turun beraksi menentang wakil Taiwan, Lee Yang dan Lu Chen dan merekodkan kekalahan juga secara “straight set” dengan skor 18-21 dan 14-21 dalam tempoh 38 minit permainan.
Denmark Open 2022 presented by VICTOR
MD – Round of 32
Yang LEE🏅
21 21 Chen LU🏅
18 14 🇲🇾Sze Fei GOH
🇲🇾Nur IZZUDDIN🕗 in 38 minutes
https://t.co/y2VtCdibii— BWFScore (@BWFScore) October 18, 2022
Akhir sekali, satu lagi beregu lelaki merangkap pasangan bebas (independent), Tan Kian Meng dan Tan Wee Kiong mengalami nasib yang sama ekoran tumpas kepada Choi Sol-gyu dan Kim Won-ho.
Pertembungan ini berlangsung dalam tempoh yang menghampiri satu jam permainan dan pasangan Korea itu berhasil merekodkan kemenangan menerusi tiga set yang berkesudahan dengan skor 13-21, 21-19 dan 13-21.
Denmark Open 2022 presented by VICTOR
MD – Round of 32
🇰🇷Sol Gyu CHOI🏅
21 19 21 🇰🇷Won Ho KIM🏅
13 21 13 🇲🇾Kian Meng TAN
🇲🇾Wee Kiong TAN🕗 in 58 minutes
https://t.co/fQvZV3Z5AA— BWFScore (@BWFScore) October 18, 2022
Sementara itu, tiga lagi wakil negara yang beraksi semalam, Pearly Tan-Thinaah Muralitharan, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan Lee Zii Jia berhasil meloloskan diri ke peringkat seterusnya iaitu Pusingan 16.
Featured Image: Swiss Open