Final Piala AFC: Tiket Fizikal Dijual Di Stadium Cheras & SNBJ – Ada Promosi Untuk Pelanggan Astro
October 19, 2022 Hafizuddin Omar

Selepas mengumumkan jualan tiket perlawanan akhir Piala AFC menerusi platform atas talian, Tickethotline pada Isnin lalu, tuan rumah, Kuala Lumpur City FC (KL City) turut mengumumkan penjualan tiket fizikal.

Menerusi satu makluman, tiket fizikal bagi menonton perebutan trofi saingan kedua tertinggi peringkat asia itu boleh didapati di Kaunter A, Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras bermula Rabu (19 Oktober) hingga Jumaat (21 Oktober).

Selain itu, tiket fizikal itu boleh juga didapati di venue yang akan berlangsungnya perlawanan akhir, Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Ianya akan dijual di Gate A dan E pada Rabu (19 Oktober) dan Khamis (20 Oktober).

View this post on Instagram

A post shared by Kuala Lumpur City FC (@klcityfootball)

Pada hari Sabtu pula, ianya akan dijual di Gate C (penyokong tuan rumah) dan Gate E (penyokong pelawat) bermula 12 tengah hari sehingga 7.45 malam.

Harga tiket fizikal yang ditetapkan bagi kesemua kaunter atau gate yang menjualnya adalah seperti berikut:

Rabu – RM30

Khamis & Jumaat – RM40

Sabtu – RM50

Dalam makluman yang sama, KL City turut memaklumkan satu promosi kepada pelanggan Astro dimana mereka dapat membeli tiket pada harga RM30 sahaja terhad kepada pembelian pada hari Jumaat.

Syaratnya, pembeli mesti menunjukkan Akaun Astro semasa membuat pembeli di kaunter atau gate tersebut.

Untuk makluman semua, perlawanan ini akan menemukan KL City dengan kelab yang berpangkalan di Oman, Al-Seeb. Sepak mula bagi perlawanan ini dijadualkan pada jam 7 malam.

Featured Image: Kuala Lumpur City

Komen