Malaysia terpaksa akur menamatkan saingan Kumpulan A dalam Kejohanan Berpasukan Campuran Remaja Dunia BWF atau Piala Suhandinata 2022 selaku naib juara.
Biarpun mencatatkan kemenangan 5-0 ke atas Sweden dan Latvia dalam dua perlawanan akhir, Malaysia merekodkan kekalahan 1-4 kepada Indonesia merangkap juara bertahan dalam perlawanan terakhir, semalam.
Dalam perlawanan tersebut, hanya wakil negara yang turun pada perlawanan pertama, perseorangan lelaki, Justin Hoh merekodkan kemenangan sekaligus menyumbang mata tunggal buat pasukan negara.
RESULTS: #WorldJuniorChampionships2022
🇲🇾 1-4 🇮🇩
Rafli Ramanda-Az Azahra Dania def. Wong Vin Sean-Lai Ting Cen 21-15 21-13#DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/H8Dbl7TNNM
— BAM (@BA_Malaysia) October 19, 2022
Dengan kedudukan selaku naib juara, Malaysia secara langsungnya terkeluar daripada perebutan trofi kejuaraan. Ini berikutan format kejohanan ini menyaksikan hanya juara dari 8 buah kumpulan sahaja dapat mara ke peringkat suku akhir untuk menentukan kedudukan juara serta tempat kedua hingga kelapan.
Manakala naib juara kumpulan akan mara peringkat seterusnya untuk merebut kedudukan kesembilan hingga kedudukan ke-16 bagi kejohanan ini.
Untuk perlawanan seterusnya, Malaysia dijadualkan bertemu India.
Sebagai rekod, edisi lalu yang berlangsung pada tahun 2019 menyaksikan Malaysia menutup kejohanan berpasukan bagi usia bawah 19 tahun ini di kedudukan kesembilan.