Beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan terpaksa akur tersingkir pada peringkat Pusingan 16 saingan Terbuka Denmark – Jelajah Dunia Super 750 BWF.
Menumpaskan Pearly-Thinaah di peringkat tersebut adalah beregu yang diletakkan sebagai pilihan pertama untuk menjuarai kejohanan ini, Chen Qing Chen dan Jia Yi Fa dari China merangkap beregu No.2 dunia.
Namun begitu, Pearly yang baru sahaja pulih daripada kecederaan bersama-sama Thinaah tidak memberikan laluan mudah kepada gandingan Qing Chen-Yi Fan.
Denmark Open 2022 presented by VICTOR
WD – Round of 16
🇨🇳Qing Chen CHEN🏅
21 20 21 🇨🇳Yi Fan JIA🏅
18 22 17 🇲🇾Pearly TAN
🇲🇾Muralitharan THINAAH🕗 in 73 minutes
https://t.co/11Xbha2B3r— BWFScore (@BWFScore) October 20, 2022
Pearly-Thinaah yang berada di ranking kesebelas berhasil mengheret pasangan tersebut bermain tiga set perlawanan dalam tempoh masa melebihi satu jam atau lebih tepatnya, selama 73 minit, sebelum akur tumpas dengan skor 18-21, 22-20 dan 17-21.
Selepas mengharungi perlawanan sengit, barulah, pasangan China ini dapat meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir yang dijadualkan berlangsung pada hari esok.
Di peringkat tersebut, mereka akan bertemu dengan beregu senegaranya, Zhang Shu Xian dan Zheng Yu yang menghuni ranking ke-12 dunia bagi merebut tiket ke peringkat separuh akhir.
Sementara itu, bagi Pearly-Thinaah, walaupun tumpas dan tersingkir daripada saingan ini, mereka akan kekal berada di benua eropah. Ini berikutan mereka akan menghadapi dua lagi kejohanan dalam masa terdekat iaitu Terbuka Perancis (15-30 Oktober) dan Terbuka HYLO (1-6 November).
Featured Image: Badminton Association of Thailand