Pentas Piala AFC 2022 yang menemukan Kuala Lumpur City (KL City) dan Al-Seeb pada Sabtu nanti akan diserikan dengan persembahan khas oleh penyanyi jaz terkenal tanah air, Dato’ Sheila Majid.
Menerusi makluman pihak tuan rumah, penyanyi berusia 57 tahun ini dibawa dan bakal mendendangkan lagu yang cukup sinonim dengannya iaitu Sinaran di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Difahamkan, Ianya akan dipersembahkan sebelum 7 malam iaitu waktu sepak mula yang telah diputuskan oleh penganjur kejohanan bola sepak kedua tertinggi peringkat asia tersebut.
Untuk makluman semua, lagu Sinaran telah diangkat sebagai lagu tema oleh para penyokong skuad berjulukan The City Boys bermula sekitar tahun 2018.
Ianya dinyanyikan sebagai simbolik pasukan mereka keluar daripada ‘zaman kegelapan’ terutamanya pada tahun 2015 yang menyaksikan mereka hampir terjerumus semula ke kancah Piala FAM – divisyen terbawah Liga Malaysia pada ketika itu.
Hari Ahad ni dah macam Hari Raya. Harap tak segan2 nak tumpang. Sekian. pic.twitter.com/Uh5UozXLqW
— CityBoys (@CityBoys12) February 2, 2018
Nyanyian lagu Sinaran dalam kalangan penyokong KL City ini tular apabila mereka menyanyikan beramai-ramai di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) ketika meraikan kemenangan KL City ke atas ATK Mohun Bagan pada peringkat separuh akhir antara zon baru-baru ini.
Ianya tular sekali lagi, di tempat yang sama apabila mereka meraikan kejayaan menumpaskan Sogdiana Jizzakh pada peringkat akhir zon. Namun begitu, nyanyian keraian itu lebih bermakna apabila turut diserikan dengan kehadiran dan nyanyian bersama-sama penyanyi asalnya, Sheila Majid sendiri.
Sinaran x KL City x Piala AFC pic.twitter.com/642ElJcQh5
— Hafiz Omar (@hvfizomvr) October 5, 2022
Featured Image: KL City