Seperti kita sedia maklum, Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang mempunyai kapasiti sekitar 87,000 tempat duduk serta padang berumputkan ‘cow grass’ telah dipilih sebagai venue bagi perlawanan akhir Piala AFC 2022.
Ianya menemukan pasukan tempatan merangkap wakil asia timur, Kuala Lumpur City (KL City) dan wakil asia barat, Al-Seeb dari Oman.
Bagi pemain tengah bertahan (defensive midfielder) Al-Seeb kelahiran Nigeria, Daniel Ajibola mengakui permukaan padang berumputkan sedemikian sesuatu yang agak asing buatnya namun itu tidak dijadikan alasan menjelang sepak mula pada 7 malam esok.
“Berkenaan venue tersebut, saya boleh katakan tak biasa main atas padang jenis rumput jenis itu (cow grass) tetapi kami sudah berlatih sejak dua hingga tiga hari lepas, tetapi ini bukan alasan dan kami harus bermain sahaja.” kata pemain berusia 27 tahun ini dalam sidang media praperlawanan sebelum perlawanan, hari ini.
Untuk makluman semua, Ajibola kembali menyertai Al-Seeb semula pada Julai lalu. Setakat ini, dia telah membuat dua penampilan bersama Al-Seeb ketika menentang Al-Arabi dan Al-Riffa pada peringkat separuh akhir dan akhir zon barat.
Sebelum itu, dia beraksi bersama kelab berpangkalan di Arab Saudi selama semusim bersama Al-Sahel.
Featured Image: Perbadanan Stadium Malaysia