Terbuka Denmark: Zii Jia Mara Ke Pentas Final Selepas 5 Bulan
October 23, 2022 Hafizuddin Omar

Perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia kembali merasai nikmat kemaraan ke pentas perlawanan akhir yang pertama selepas lima bulan. Kemaraan itu dicetak dalam saingan Terbuka Denmark 2022 – Jelajah Dunia Super 750 BWF.

Ianya selepas pemain berusia 24 tahun ini berjaya menumpaskan lawannya, Loh Kean Yew dari Singapura di peringkat separuh akhir kejohanan itu.

Dalam pertarungan tersebut, Zii Jia merekodkan kemenangan secara “straight set” dengan skor yang berkesudahan 21-18 dan 21-15 dalam tempoh masa 40 minit permainan.

Untuk makluman, kemenangan ini juga bermakna Zii Jia telah merekodkan lima kemenangan daripada tujuh pertembungan ke atas Kean Yew di semua kejohanan antarabangsa.

Sementara itu, di peringkat akhir kelak, Zii Jia akan berhadapan samada pemain China, Shi Yu Qi atau pemain Jepun, Kodai Naraoka untuk merebut gelaran juara.

Sebagai tambahan, saingan Terbuka Thailand pada Mei lalu merupakan pentas akhir yang dijejaki oleh Zii Jia. Pentas itu juga menyaksikan kali terakhir Zii Jia bergelar juara bagi kejohanan yang dipertandingkan pada tahun ini.

Featured Image: VICTOR Facebook

Komen