Selepas membimbing Terengganu FC muncul naib juara Piala FA dan Liga Super musim ini, Ahli Lembaga Pengarah (BOD), bersetuju untuk memberikan lanjutan kontrak kepada ketua jurulatihnya, Nafuzi Zain.
Perkembangan menarik tersebut dikongsikan oleh wartawan tempatan, Tengku Danish Bahri menerusi akaun Twitter peribadinya, pada hari ini.
Dimaklumkan, Nafuzi yang akan tamat kontraknya pada 30 November kelak diberikan tawaran lanjutan selama satu tahun.
TFC setuju tawar lanjutan kontrak setahun kepada NZ.
BOD bpuas hati capai KPI + NZ diberi masa 14 hari beri jawapan.
Ketua jurulatih TFC II, III dan IV turut ditawarkan lanjutan kontrak. pic.twitter.com/wTySTOy8b7
— Tengku Danish Bahri (@tgdanish) October 25, 2022
Difahamkan, tawaran itu dikemukakan selepas BOD berpuas hati dengan tugasan yang dilakukan jurulatih tempatan berusia 43 tahun tersebut serta mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI).
Pada masa yang sama, Nafuzi diberikan tempoh masa selama 14 hari atau bersamaa 2 minggu bagi menerima atau tidak tawaran yang dikemukakan ini.
Selain itu, dimaklumkan, ketua-ketua jurulatih bagi skuad-skuad simpanan atau bawah umur bagi pasukan berpangkalan di pantai timur semenanjung ini turut diberikan tawaran lanjutan kontrak.
Featured Image: Terengganu FC