Skuad berpangkalan di pantai timur, Terengganu FC mengumumkan mengekalkan khidmat Tomislav Steinbruckner kelahiran Croatia selaku Pengarah Teknikal pada musim hadapan.
Perancangan itu dikongsikan oleh Pengerusi Jawatankuasa (Exco) Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu merangkap Ahli Lembaga Pengarah (BOD) Terengganu FC, YB Wan Sukairi Wan Abdullah sepertimana laporan media tempatan, Utusan Malaysia.
Menurutnya, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat BOD Terengganu FC yang dipengerusikannya selama lebih dua jam, pada hari ini.
Untuk makluman semua, Tomislav diumumkan sebagai Pengarah Teknikal buat skuad Hitam Putih ini pada Mac lalu. Jawatan itu menghendakinya menerajui struktur pasukan-pasukan di bawah naungan Terengganu FC.
Pada ketika itu, kehadirannya itu bagi menggantikan pengarah teknikal sebelum itu merangkap bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan suati masa dahulu, Abdul Rahman Ibrahim.
Featured Image: Terengganu FC