Piala Dunia FINA: Tiada Atlet Malaysia Bawa Pulang Pingat
October 25, 2022 Hafizuddin Omar

Saingan Piala Dunia Terjun FINA 2022 yang berlangsung di Berlin, Jerman bermula 20 hingga 23 Oktober lalu menyaksikan tiada sebarang pungutan pingat daripada wakil negara.

Seramai 3 atlet negara mengambil bahagian iaitu ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong, Chew Yiwei dan atlet muda, Bertrand Rhodict. Acara yang disertai mereka adalah 10 meter (m) platform, 3m papan anjal serta 3m dan 10m berpasukan campuran.

Pandelela menamatkan saingan kali ini dengan menduduki tempat keenam dalam acara 10m platform wanita setelah mengutip 263.45 mata.

Sementara itu, Yiwei turut menduduki tangga keenam dalam acara 3m papan anjal lelaki – kutip 375.75 mata. Manakala Bertrand yang beraksi dalam acara 10m platform lelaki pula menamatkan saingan di tangga kesembilan – pungut 275.85 mata.

Bagi acara berpasukan yang disertai oleh ketiga-tiga penerjun ini, skuad Malaysia menamatkan acara 3m dan 10m berpasukan campuran di tempat terakhir iaitu tempat kelima – dibelakang Amerika Syarikat, Jerman, Australia dan Colombia.

Komen