Artikel

FAM, HP Jalin Kerjasama Bekal Laptop & Perkakasan Gaming Kepada Skuad eRimau Bernilai RM300,000

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan satu ikatan kerjasama dengan syarikat teknologi perkomputeran terkemuka, HP Malaysia pada hari ini.

Permeteraian kerjasama ini menyaksikan HP akan membekalkan barangan berkualiti tinggi bagi kegunaan skuad eRimau seperti komputer riba, HP Victus dan perkakasan gaming, HyperX yang juga merupakan keluaran HP.

Menurut Exco merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pemasaran dan Penajaan FAM, Dato’ Sri Shahril Mokhtar kerjasama dalam bentuk barangan ini bernilai RM300,000 dengan tempoh selama setahun. 

Selaras dengan kerjasama ini, HP Malaysia diangkat sebagai Rakan Penaja Teknologi Maklumat & e-Stor Rasmi skuad eRimau bagi kempen FIFA eNations Series 2023 yang dijadualkan bermula Disember nanti.

Sementara itu, Pengarah Urusan HP Malaysia, Alex Tan berharap kehadiran mereka menerusi kerjasama ini dapat melihat kejayaan skuad eRimau di pentas antarabangsa.

Selain itu, pihaknya turut berharap ianya dapat memberi lebih galakan kepada arena e-sukan tanah air sekaligus mendapat pengiktirafan di pentas dunia.

komen