Beregu lelaki Korea yang menghuni ranking ke-18 dunia menafikan kemaraan pasangan bebas (independent) negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi ke peringkat separuh akhir Terbuka Perancis 2022.
Ganding Yew Sin-Ee Yi yang berada di ranking kesembilan dunia dinafikan kemaraan tersebut apabila terpaksa akur tumpas “straight set” kepada Choi Sol-gyu dan Kim Won-ho, sebentar tadi.
Dalam perlawanan peringkat suku akhir itu, Sol-gyu dan Won-ho yang merupakan naib juara Terbuka Indonesia 2022 menumpaskan mereka dengan skor 18-21 dan 18-21 dalam tempoh 43 minit permainan.
YONEX French Open 2022.
MD – Quarter final
🇰🇷Sol Gyu CHOI🏅
21 21 🇰🇷Won Ho KIM🏅
18 18 🇲🇾Yew Sin ONG
🇲🇾Ee Yi TEO🕗 in 43 minutes
https://t.co/QoOvyFMW9X— BWFScore (@BWFScore) October 28, 2022
Untuk makluman, kekalahan ini menjadikan Yew Sin-Ee Yi tumpas dua kali berturut-turut secara keseluruhan kepada Sol-gyu dan Won-ho di pentas antarabangsa.
Untuk pengetahuan semua, pertemuan sulung melibatkan kedua-dua beregu ini yang berlangsung di peringkat suku akhir Terbuka Jepun 2022 menyaksikan Yew Sin-Ee Yi tumpas menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-17, 17-21 dan 13-21.
Sementara itu, Sol-gyu dan Won-ho yang meraih kemenangan pada hari ini akan meneruskan saingan dengan bertemu samada beregu No.1 dunia dari Jepun, Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi atau beregu No.8 dunia dari India, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty di peringkat separuh akhir, esok.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia