Skuad bola sepak kebangsaan atau nama julukannya, Harimau Malaya akan turun beraksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 14 Disember kelak.
Venue yang mempunyai kapasiti sekitar 18,000 tempat duduk itu sebagai ‘home’ buat skuad kendalian Kim Pan-gon untuk menghadapi Maldives dalam Perlawanan Antarabangsa Tier 1.
Perlawanan ini diadakan sebagai persiapan buat Harimau Malaya sebelum beraksi dalam kancah Piala AFF 2022.
Sebelum bertemu Maldives, Harimau Malaya akan membuat perhitungan dengan Kemboja terlebih dahulu dalam Perlawanan Antarabangsa Tier 1 pada 9 Disember. Bagaimanapun, perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Siaran Media: Stadium Nasional, Bukit Jalil Kekal Sebagai 'Home of Harimau Malaya' Bagi Kempen Piala Mitsubishi Electric 2022
▶️ Baca kenyataan penuh daripada Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Hj Rahman di https://t.co/2v2yU2onul#FAM #HarimauMalaya #AFFMitsubishiElectricCup2022 pic.twitter.com/lQbq6LjJ6G
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) October 29, 2022
Sementara itu, teka-teki mengenai ‘home’ Harimau Malaya sepanjang menyertai saingan Piala AFF edisi kali ini turut terjawab. Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman mengesahkan secara rasmi bahawa SNBJ sebagai ‘home’ sepanjang kempen kejohanan dwitahunan itu.
Untuk makluman, sebelum FAM memutuskan mengenai venue ini secara rasmi, terdapat empat venue lain yang turut berada dalam pertimbangan badan induk itu sebagai ‘home’ buat Harimau Malaya.
Empat venue tersebut ialah Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SMAZA), Gong Badak, Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras dan Stadium Hang Jebat, Melaka.