Terbuka Perancis: Pearly-Thinaah Akhiri Kemarau Hampir 20 Bulan Final Jelajah Dunia BWF
October 29, 2022 Hafizuddin Omar

Kemarau panjang ke pentas akhir kejohanan Jelajah Dunia BWF menimpa beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan akhirnya menemui penghujungnya.

Gandingan Pearly-Thinaah yang berada di ranking ke-11 dunia ini berhasil menempah tiket ke perlawanan akhir selepas menumpaskan lawannya di peringkat separuh akhir saingan Terbuka Perancis 2022 – Jelajah Dunia Super 750, sebentar tadi.

Kemenangan itu dicatatkan ke atas beregu Korea yang mula bergandingan bersama di kejohanan ini, Baek Ha-na dan Lee So-Hee secara “straight set” dengan skor 21-13 dan 21-17 dalam tempoh 41 minit permainan.

Sebagai rekod, kali terakhir Pearly-Thinaah ke pentas akhir kejohanan Jelajah Dunia BWF adalah pada Mac 2021 dalam saingan Terbuka Swiss yang bertaraf Super 300.

Untuk pengetahuan semua, saingan itu juga menjadi gelaran Jelajah Dunia BWF yang pertama dan terakhir dimenangi Pearly-Thinaah dalam karier mereka setakat ini.

Sementara itu, Pearly-Thinaah yang mara ke perlawanan akhir akan bertemu bertemu beregu yang berada di ranking ketujuh dunia, Mayu Matsumoto dan Wakana Nagahara. 

Pasangan dari Jepun ini menempah tiket ke perlawanan akhir setelah menumpaskan beregu senegaranya, Yuki Fukushima dan Sayaka Hirota secara “straight set” dengan skor 21-14 dan 15-23 dalam tempoh 53 minit, petang tadi. 

Featured Image: Badminton Association of Thailand

Komen