Dr. Mohd Daud Mahu Tumpu Kepada Kedah Darul Aman & NGO, Lepas Beberapa Jawatan Korporat
October 31, 2022 Hafizuddin Omar

Tokoh dan pakar kewangan Islam Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar merangakap pemilik saham terbesar majoriti Kedah Darul Aman FC mengumumkan tidak melanjutkan peranannya selaku Pengerusi Majlis Penasihat Syariah (MPS) di Bank Negara Malaysia (BNM) selepas berkhidmat sekitar 25 tahun.

Bukan itu sahaja, jawatan itu bersama beberapa jawatannya yang lain seperti di Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan beberapa bank di luar negara turut dilepaskannya.

Beliau yang terkenal dengan penglibatannya dalam dunia korporat mengambil pendekatan sedemikian bagi memberi laluan kepada muka baharu untuk menerajuinya selain mengalih tumpuan, tenaga dan masa terhadap bidang baharu dalam kerjayanya.

View this post on Instagram

A post shared by Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar (@mohddaudbakar)

Saya ingin fokus tenaga & masa saya kepada NGO (non-gorvernmental organization) saya (projek memberi makanan kepada pelajar miskin seluruh negara) & Kedah Darul Aman FC. Kedua-dua agensi ini memerlukan masa yang banyak.” kongsinya menerusi hantaran di platform laman sosialnya.

Selain itu, beliau turut sama mahu aktif dan menumpukan kepada dunia teknologi kewangan (fintech) serta penghasilan karya melalui penerbitan buka dan pembikinan filem. Tidak dilupakan, beliau juga ingin ke luar negara bagi menimba ilmu baharu beberapa bulan bagi setiap tahun.

Untuk makluman semua, Dr. Daud Bakar mula berkecimpung dalam kancah elit bola sepak tanah air apabila dilantik sebagai penaung atau patron buat skuad berjulukan Sang Kenari ini sekitar November 2021. 

Pada September lalu, skuad berpangkalan di utara semenanjung tanah air ini mengumumkan bahawa Dr. Daud Bakar memiliki majoriti sahamnya sekaligus mengangkat peranan beliau ke tahap lebih tinggi selaku pengerusi dan pemilik kelab.

Featured Image: Kedah Darul Aman FC

Komen