Kejohanan Remaja Dunia BWF 2022 – sebuah saingan untuk remaja berusia bawah 19 tahun (B-19) yang berlangsung di Sepanyol telah menutup tirainya semalam.
Ianya ditutup dengan tiga wakil dari negara tembok besar iaitu China menyapu bersih kejuaraan bagi ketiga-tiga kategori beregu iaitu lelaki, wanita dan campuran.
Wakil China pertama yang mengesahkan kejuaraan dalam saingan ini adalah beregu campurannya, Zhu Yi Jun dan Liu Sheng Shu. Gandingan ini merangkul kejuaraan selepas menundukkan pasangan senegaranya, Liao Pin Yi dan Huang Ke Xin.
Give it up to Zhu Yi Jun and Liu Sheng Shu – the new mixed doubles world junior champions! 🇨🇳👏#BWFWorldJuniors #Santander2022
📸 @badmintonphoto pic.twitter.com/vlnD7mU8f1
— BWF (@bwfmedia) October 30, 2022
Kemudiannya, wakil China dalam kategori beregu wanita, Liu Sheng Shu dan Wang Ting Ge turut sama mengikuti jejak langkah itu dengan menumpaskan wakil Indonesia, Meilysa Trias Puspita Sari dan Rachel Allessya Rose.
Ianya dilengkapkan dengan beregu lelaki, Xu Hua Yu dan Zhu Yi Jun merakamkan kemenangan ke atas gandingan Indonesia, Putra Erwiansyah dan Patra Harapan sekaligus muncul juara bagi kategori beregu lelaki.
Untuk makluman, China hampir-hampir sahaja membawa pulang empat pingat daripada kejohanan ini. Namun begitu, ianya tidak dapat direalisasikan memandangkan perseorangan wanitanya, Yuan An Qi tumpas dalam perlawanan akhir kepada wakil Jepun, Tomoka Miyazaki.
A frail-looking 16-year-old with a magic wrist conjured a sparkling show in the women's singles final of the #BWFWorldJuniors.
@santander2022_ | #Santander2022 https://t.co/hbMEuQPBAH
— BWF (@bwfmedia) October 31, 2022
Bagi acara perseorangan lelaki, kejuaraan menjadi milik pemain Taiwan, Kuo Kuan Lin dengan menumpaskan wakil India, S. Sankar Muthusamy Subramaniam.
Sebagai rekod, Kejohanan Remaja Dunia BWF edisi kali ini menyaksikan tiada sebarang wakil negara mara di peringkat suku akhir. Ianya berpunca daripada baki empat wakil terakhir negara terkandas di Pusingan 16.