Seramai tiga wakil negara turun beraksi dalam saingan hari pertama Terbuka HYLO yang berlangsung di Saarbrucken, Jerman, semalam. Namun begitu, dua daripadanya terpaksa akur tersingkir di peringkat awal iaitu Pusingan 32.
Perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong menjadi wakil negara pertama yang tersingkir daripada kejohanan ini apabila tumpas kepada pemain China yang menghuni ranking ke-32 dunia, Li Shi Feng.
Dalam pertarungan tersebut, Tze Yong tumpas secara “straight set” dengan pungutan mata 12-21 dan 14-21 dalam tempoh 47 minit permainan.
RESULTS: #HyloOpen2022
R32#CHN🇨🇳 Li Shi Feng def. #MAS🇲🇾 Ng Tze Yong 21-12 21-14
📷 @badmintonphoto #DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/KMzGJLavn8
— BAM (@BA_Malaysia) November 1, 2022
Sementara itu, jejak langkah Tze Yong yang tersingkir awal ini turut diikuti oleh beregu campuran bebas (independent) yang diletakkan sebagai pilihan keempat kejohanan, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing.
Pasangan ini tersingkir daripada saingan Terbuka HYLO setelah tumpas “straight set” kepada beregu Taiwan yang berada di tangga ke-44 dunia, Ye Hong-we dan Lee Chia-hsin. Perlawanan ini tamat dengan skor 6-21 dan 13-21 dalam tempoh 19 minit sahaja.
HYLO Open 2022
MS – Round of 32
21 21 🇲🇾Daren LIEW🏅
11 16 🇹🇭Sitthikom THAMMASIN🕗 in 32 minutes
https://t.co/sNhJvVlOKP— BWFScore (@BWFScore) November 1, 2022
Disebalik tersingkirnya dua wakil negara ini, seorang lagi wakil iaitu perseorangan lelaki senior, Liew Daren berhasil merakamkan kemenangan sekaligus mara ke Pusingan 16.
Dalam pertarungan di Pusingan 32 semalam, pemain berusia 35 tahun ini berjaya meraih kemenangan ke atas perseorangan Thailand, Sitthikom Thammasin dengan skor 21-11 dan 21-16 dalam tempoh 32 minit permainan.
Saingan pada hari ini pula akan menyaksikan lima lagi wakil akan meneruskan aksi di Pusingan 32. Lima wakil itu ialah Tan Kian Meng-Tan Wee Kiong (beregu lelaki), Hoo Pang Ron-Toh Ee Wei, Goh Soon Huat-Shevon Lai (beregu campuran), Vivian Hoo-Lim Chiew Sien (beregu wanita) dan Goh Jin Wei (perseorangan wanita).
Featured Image: Badminton Association of Thailand