Sertai Cabaran ‘Footie Pong’ Di PUMA House of Football – Berpeluang Menangi Hadiah Eksklusif
November 2, 2022 Hafizuddin Omar

Dalam usaha untuk mengangkat keunggulan bola sepak di Malaysia, jenama sukan global, PUMA melancarkan satu pameran yang bernama House of Football bermula 1 hingga 8 November bertempat di IOI City Mall, Putrajaya (ruangan Consourse, West Wing).

Pameran yang dibuka bermula 10 pagi hingga 10 malam ini turut bertujuan menyemarakkan semangat bola sepak dalam kalangan rakyat Malaysia ini ditampilkan melalui beberapa aktiviti interaktif.

Antara yang menarik perhatian, pengunjung dapat mencabar diri dengan menyertai aktiviti “Footie Pong” yang memerlukan peserta untuk menyungkit bola masuk ke dalam tong drum besi. Dimaklumkan, peserta yang menyertai cabaran ini berpeluang untuk memenangi hadiah eksklusif daripada PUMA.

Selain itu, di pameran ini, pengunjung dapat menelusuri sejarah panjang bola sepak dimana PUMA turut menjadi sebahagian daripadanya. 

Ia menampilkan sembilan but legenda milik jenama ini yang pernah disarung oleh ikon bola sepak terkemuka seperti Pele, Diego Maradona, Lothar Matthaus, Antoine Griezmann, Neymar Jr. dan ramai lagi.

Tidak cukup dengan itu sahaja, House of Football turut membawakan koleksi 27 jersi popular daripada 22 pasukan bola sepak yang ditaja PUMA seluruh dunia termasuk pasukan tempatan Penang FC dan PJ City.

Bagi yang ingin mengambil gambar seperti di dalam bilik persalinan, House of Football turut menghiasi dua sudutnya keadaan di dalam bilik persalinan Manchester City dan AC Milan.

Tidak dilupakan, pengunjung boleh juga mendapatkan perkhidmatan pencetakan haba (heat press) yang disediakan secara percuma untuk jersi PUMA masing-masing untuk dibawa pulang ke rumah.

Komen