Pemenang Emas Sukan SEA, Peck Yen Wei Ucap ‘Bye’ Kepada BAM
November 2, 2022 Hafizuddin Omar

Pemain badminton beregu campuran negara yang memenangi pingat emas Sukan SEA 2021, Peck Yen Wei mengumumkan meninggalkan badan induk, Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Perkembangan mengejutkan itu dimaklumkan pemain berusia 26 tahun menerusi satu hantaran di akaun media sosialnya, semalam.

Pengumuman itu hadir selepas sedekad Yen Wei berada di bawah naungan BAM bermula daripada karier remajanya lagi.

View this post on Instagram

A post shared by PECK YEN WEI🔹白燕微 (@pecklucky)

“Saya berterima kasih terhadap sokongan dan tunjuk ajar daripada BAM selama 10 tahun. Saya sangat menghargai semua peluang yang diberikan untuk mewakili negara kita. Ada ketikanya (prestasi) turun dan naik tetapi semua detik itu sangat bermakna kepada saya.” tulisnya.

Bercakap mengenai kejayaan Yen Wei merangkul emas di temasya dwitahunan itu, ianya hadir menerusi gandingan bersama Chen Tang Jie – rakan gandingannya selama empat tahun lepas.

Lebih manis, pingat emas dalam ketegori beregu campuran itu yang pertama diraih oleh atlet negara selepas kali terakhir dimenangi oleh gandingan Chew Choon Eng dan Chor Hooi Yee ketika edisi 1999 di Brunei Darussalam.

Selain daripada kejayaan terbabit, Yen Wei turut pernah merangkul kejuaraan Antarabangsa Portugal 2016 serta saingan Antarabangsa Malaysia 2018.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen