Kejayaan Kuching City mara ke peringkat suku akhir Piala Malaysia buat pertama kali dalam sejarahnya sangat menggembirakan dan memuas hati Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Iswandi Ali Hassan.
Kuching City melakar menempa sejarah baharu itu selepas berhasil menumpaskan skuad berpangkalan di utara semenanjung tanah air, Penang FC dengan keputusan 4-3 secara agregat.
Bagi berkongsikan kegembiraan atas pencapaian Kuching City tersebut, Iswandi mengumumkan tiket perlawanan menentang Sabah FC pada Sabtu (5 November) di Stadium Negeri adalah percuma.
HADIAH ISTIMEWA BUAT PENYOKONG KUCHING CITY
Saya sangat gembira dan berpuas hati dengan prestasi pasukan pada musim ini dalam kempen Liga Premier, Piala FA dan yang terbaru Piala Malaysia. Kita telah mencipta sejarah kelab dalam ketiga-tiga kejohanan tersebut.
(1/3) pic.twitter.com/ZjAElt98F5
— Kuching City F.C. (@OfficialKCFC) November 2, 2022
“Ini merupakan hadiah istimewa buat semua penyokong Kuching City. Terima kasih kerana setia memberi sokongan kepada Kuching City.” katanya.
Untuk makluman, bukan itu sahaja pencapaian positif dilakar Kuching City pada musim ini. Skuad berjulukan The Cats ini turut menyerikan kempen Liga Malaysia 2022 dengan mara ke peringkat suku akhir Piala FA serta layak beraksi dalam saingan Liga Super secara merit, pada musim hadapan.
Sebagai tambahan, Kuching City menutup saingan Liga Premier musim ini di kedudukan ketiga – di belakang feeder club, Johor Darul Ta’zim II (JDT II) dan Kelantan.
Featured Image: Kuching City FC