Artikel

Kelayakan Piala Asia Wanita B-17: Malaysia Dalam Kumpulan A

Majlis undian bagi saingan Kelayakan Piala Asia Wanita Bawah 17 Tahun (B-17) telah berlangsung semalam, di AFC House, Bukit Jalil. Dalam sesi undian terbabit, Malaysia telah diundi dalam Kumpulan A. 

Skuad berjulukan Malayan Tigress ini akan membuka kempen ini dengan menentang Kepulauan Mariana Utara diikuti Indonesia dan ditutup dengan Thailand merangkap hos pada 26, 28 dan 30 April hadapan masing-masing.

Untuk makluman semua, juara bagi setiap kumpulan akan layak mara ke Pusingan 2.

Di Pusingan 2 kelak, lapan pasukan yang layak akan dibahagikan kepada dua kumpulan. Dan dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan dapat menyertai pusingan akhir Piala Asia Wanita B-17 2024 yang akan berlangsung di Indonesia.

Empat pasukan ini akan menyertai tiga pasukan pilihan iaitu juara bertahan Kejohanan AFC Wanita B-16 2019 iaitu Jepun serta Korea Utara, China serta tuan rumah, Indonesia untuk memburu gelaran juara.

komen