Artikel

Pos Malaysia Lancar Set Setem Khas Berharga RM45 Sempena Piala Malaysia

Bersempena dengan berlangsungnya saingan Piala Malaysia 2022, Pos Malaysia selaku Rakan Logistik Rasmi Liga Malaysia melancarkan satu koleksi setem edisi khas yang diberi nama Setem Ku.

Set edisi khas yang terhad kepada 1,800 unit ini dikeluarkan sebagai satu memorabilia kepada peminat bola sepak tempatan dan juga pengumpul setem.

Set Setem Ku ini merangkumi satu helaian setem yang daripada 16 jenis setem mempamerkan pemain-pemain daripasa setiap pasukan yang beraksi di Piala Malaysia seperti Bergson da Silva dan Arif Aiman (JDT, Faisal Halim dan Kpah Sherman (Terengganu), Baddrol Bakhtiar dan Amri Yahyah (Sabah) serta lain-lain lagi.

Bukan itu sahaja, set ini turut disertakan dengan tiga poskad dan sampul surat masing-masing. Kesemua bahan-bahan ini dimuatkan dalam satu fail rekaan khas yang disertakan dengan nombor bersiri.

Bagi peminat yang berminat untuk mendapatkan koleksi ini, ianya boleh didapati secara atas talian menerusi laman (www.pos.com.my/shop) atau secara runcit di kaunter Unit Setem & Filateli Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur bermula 9 November.

Sementara itu, pembelian di 13 lagi Pejabat Pos Besar seluruh negara akan bermula pada 14 November kelak. Untuk makluman semua, set Setem Ku ini diletakkan tanda harga RM45 setiap satu.

komen